hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua bahan bantu mengajar saya yang baru iaitu 'BULAT_BULAT'. BBM ini adalah inspirasi yang saya perolehi dari internet tetapi diadaptasi untuk aktiviti kumpulan dan individu.
bahan0bahan yang perlu ada dalam menggunakan bbm 'BULAT -_BULAT' ini adalah seperti di bawah.
aktiviti individu : lembaran kerja saiz A4 dan pelekat berbentuk bulat
Aktiviti kumpulan : lembaran kerja saiz A3 dan kad berbentuk bulat.
Cara Penyediaan yang sangat mudah!
Lembaran kerja boleh menggunakan word art dan seterusnya menggunakan shape bulat untuk diletakkan di dalam huruf tersebut
Anda hanya memerlukan kertas A4 bewarna yang telah dicetak dalam bentuk bulat. Kertas itu kemudian digunting mengikut bentuk bulat tersebut dan di laminate.
Bulat-bulat digunakan untuk membantu murid untuk mengikut arah yang betul dalam menulis huruf dan juga nombor. sebelum murid menulis huruf dengan sendiri, 'BULAT-BULAT' digunakan untuk memandu koordinasi mata tangan murid dengan arah yang betul untuk menulis huruf dan nombor dengan betul. selamat mengaplikasikan 'BULAT -BULAT' dikelas anda.
Murid -murid hanya perlu meletakkan kad bulat pada lembaran kerja mengikut arah yang betul |
Untuk aktiviti individu, murid hanya menampal pelekat bulat pada lembaran tersebut mengikut arah yang betul. Murid memang sangat teruja dengan pelekat! |
No comments:
Post a Comment