Monday 13 April 2015

Projek Sains - Membuat Pemerhatian Ke Atas Perubahan Warna

Kali ini saya akan menunjukkan aktiviti mencampurkan dua warna asas yang sangat menarik. Ia sesuai digunakan pada Tunjang Sains dan Teknologi  untuk kemahiran membuat pemerhatian dan membuat ramalan.

Sebelum aktiviti ini dilakukan oleh murid, guru perlu pastikan telah memberikan arahan dan peraturan keselamatan kepada murid-murid untuk mengelakkan kecederaan kerana menggunakan buih sabun sebagai bahan utama dalam aktiviti ini.

Sebelum memulakan aktiviti mencampurkan warna, digalakkan murid-murid membuat ramalah terlebih dahulu. Biarkan mereka membuat ramalan warna yang akan terhasil apabila dua warna asas dicampurkan.

Setelah ramalan dibuat, barulah murid-murid melakukan sendiri eksperimen mencampurkan dua warna buih sabun untuk melihat perubahan warna yang akan terjadi. 

Penggunaan buih sabun bewarna sebagai bahan bantu mengajar, pastikan akan menjadikan aktiviti lebih seronok dan menggembirakan kerana kanak-kanak sangat gemar bermain dengan buih - buih sabun!






Di sini saya sertakan cara-cara membuat buih sabun bewarna. Selamat mencuba!

1. Sediakan bahan-bahannya iaitu sabun mandi (cecair), pewarna makanan dan air.

2. Hasilkan buih sabun terlebih dahulu.

    
Menggunakan tangan untuk menghasilkan buih sabun

3. Setelah buih sabun terhasil, ambil buih sabun tersebut untuk diletakkan pada bekas lain.       pastikan hanya buih sabun sahaja yang diambil.

4. Selepas itu, letakkan pewarna makanan pada buih tersebut dan gaulkan menjadi rata.         Pewarna makanan akan menjadikan tangan kita bewarna. 

Letakkan pewarna sedikit demi sedikit sehingga menghasilkan warna yang dikehendaki.

Gaul sehingga rata

5. Hasilkan tiga buih sabun bewarna iaitu warna merah, biru dan kuning.

   
Cantikkan warnanya.

6. Langkah seterusnya, letakkan dua warna pada bekas tersebut dan murid bersedia untuk 
    mencampurkannya.

Campuran dua warna asas mengikut nisbah yang sesuai bagi menghasilkan warna yang dikehendaki.


7. Setelah dicampurkan dengan mengaulkannya, maka terhasillah warna -warna baru ini.

   
Hijau


Oren/jingga

Ungu 


Selamat mencuba!!!!






Saturday 14 February 2015

BULAT - BULAT

Assalamualaikum semua....sudah lama saya tidak kemaskini laman blog saya ini.  kesibukan membataskan diri ini untuk mengemaskini laman blog saya ini.

hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua bahan bantu mengajar saya yang baru iaitu 'BULAT_BULAT'. BBM ini adalah inspirasi yang saya perolehi dari internet tetapi diadaptasi untuk aktiviti kumpulan dan individu.

bahan0bahan yang perlu ada dalam menggunakan bbm 'BULAT -_BULAT' ini adalah seperti di bawah.


aktiviti individu : lembaran kerja saiz A4 dan pelekat berbentuk bulat
Aktiviti kumpulan : lembaran kerja saiz A3 dan kad berbentuk bulat.

Cara Penyediaan yang sangat mudah!

Lembaran kerja boleh menggunakan word art dan seterusnya menggunakan shape bulat untuk diletakkan di dalam huruf tersebut 

Anda hanya memerlukan kertas A4 bewarna  yang telah dicetak dalam bentuk bulat. Kertas itu kemudian digunting mengikut bentuk bulat tersebut dan di laminate.



Bulat-bulat digunakan untuk membantu murid untuk mengikut arah yang betul dalam menulis huruf dan juga nombor. sebelum murid menulis huruf dengan sendiri, 'BULAT-BULAT' digunakan untuk memandu koordinasi mata tangan murid dengan arah yang betul untuk menulis huruf dan nombor dengan betul. selamat mengaplikasikan 'BULAT -BULAT' dikelas anda.

Murid -murid hanya perlu meletakkan kad bulat pada lembaran kerja mengikut arah yang betul
Untuk aktiviti individu, murid hanya menampal pelekat bulat pada lembaran tersebut mengikut arah yang betul. Murid memang sangat teruja dengan pelekat!



Wednesday 8 October 2014

Operasi tolak yang menggembirakan!!!


Salam Oktober buat pengunjung-pengunjung sekalian. Sudah sampai kita pada bulan Oktober. ini bermakna semakin hampir menuju ke pengguhujung penggal persekolahan 2014 ini

Kali ini saya saya akan tunjukkan penggunaan kad lori pada operasi tolak menggunakan objek konkrit. Aktiviti ini akan menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan meningkatkan kefahaman murid mengenai konsep penolakan.

Murid dibekalkan dengan bbm yang mencukupi sebelum memulakan aktiviti

Murid menggunakan kad lori tersebut untuk mendapatkan jawapan operasi tolak


Tuesday 16 September 2014

Kad Lori Saya

Setelah begitu lama saya menunjukkan pentas boneka kepada anda semua..Kali ini saya akan berkongsi satu Bahan Bantu Mengajar yang sesuai untuk konsep nombor dan operasi nombor. Saya mendapat idea ini melalui intenet dan saya olah sedikit mengikut kesesuaian pelajar saya.

Anda juga boleh menjadikannya sebagai rujukan dan mungkin boleh mempelbagaikan lagi aktiviti menggunakan kad lori ini.

Sila beri komen untuk kita berkongsi idea.




aktiviti murid bersama pentas boneka

Mari kita lihat gambar-gambar murid-murid saya yang sedang menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pentas boneka ini.





Wednesday 27 August 2014

Penggunaan Patung dan Pentas Boneka di dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Assalammualaikum semua...dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan tidak lama lagi..

Tema Kemerdekaan merupakan salah satu tema yang agak mencabar kepada saya untuk menyampaikannya kepada kanak-kanak 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Saya perlu merancang aktiviti yang dapat menarik perhatian  untuk mereka mendengar kisah Kemerdekaan Negara kita Malaysia. Pada saya, fokus Kemerdekaan bukan semata-mata pada Jalur Gemilang sahaja,tetapi bagaimana kisah Kemerdekaan itu difahami oleh kanak-kanak.

Mujur saya ada si Bobo, beliau telah membantu saya bercerita tentang kemerdekaan negara terutama tarikh kemerdekaan.Alhamdulillah, beliau dapat menarik minat murid untuk memberi perhatian pada ceritanya. 

                                
                                                

Si Bobo sedang bercerita

Saturday 28 June 2014

Mari Berlakon.....

Hai semua....lama saya tidak update blog saya nie.sibuk la sangat kan..apapun Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam..mudah-mudah puasa kali ini dapat kita jalani dengan penuh keikhlasan.

Baiklah...hari ini saya nak berkongsi idea mengenai patung boneka atau puppet. Patung boneka ada bermacam- macam jenis..anda carilah sendiri yer..majoriti patung boneka sebenarnya kita boleh buat sendiri

Ini dia salah satu patung boneka yang saya baru sahaja buat untuk tema bunga minggu lalu.




Yang ingin saya fokuskan ialah boneka bunga tersebut..Si Bobo (nama diberi) itu beli tp tetap kena buat juga untuk jadikan ia boneka seperti itu..

Cuba anda lihat boneka bunga matahari dan mawar..pada mulanya ia hanya sekuntum bunga biasa..tetapi setelah diletakkan sepasang mata dan mulut, jadilah ia patung boneka..mudah kan..Anak-anak murid sangat teruja kerana pada mulanya ia hanya sejenis bunga.tiba-tiba ia bertukar menjadi Si Matahari yang boleh berkata-kata..

Selamat mencuba!!!!