Monday 13 April 2015

Projek Sains - Membuat Pemerhatian Ke Atas Perubahan Warna

Kali ini saya akan menunjukkan aktiviti mencampurkan dua warna asas yang sangat menarik. Ia sesuai digunakan pada Tunjang Sains dan Teknologi  untuk kemahiran membuat pemerhatian dan membuat ramalan.

Sebelum aktiviti ini dilakukan oleh murid, guru perlu pastikan telah memberikan arahan dan peraturan keselamatan kepada murid-murid untuk mengelakkan kecederaan kerana menggunakan buih sabun sebagai bahan utama dalam aktiviti ini.

Sebelum memulakan aktiviti mencampurkan warna, digalakkan murid-murid membuat ramalah terlebih dahulu. Biarkan mereka membuat ramalan warna yang akan terhasil apabila dua warna asas dicampurkan.

Setelah ramalan dibuat, barulah murid-murid melakukan sendiri eksperimen mencampurkan dua warna buih sabun untuk melihat perubahan warna yang akan terjadi. 

Penggunaan buih sabun bewarna sebagai bahan bantu mengajar, pastikan akan menjadikan aktiviti lebih seronok dan menggembirakan kerana kanak-kanak sangat gemar bermain dengan buih - buih sabun!






Di sini saya sertakan cara-cara membuat buih sabun bewarna. Selamat mencuba!

1. Sediakan bahan-bahannya iaitu sabun mandi (cecair), pewarna makanan dan air.

2. Hasilkan buih sabun terlebih dahulu.

    
Menggunakan tangan untuk menghasilkan buih sabun

3. Setelah buih sabun terhasil, ambil buih sabun tersebut untuk diletakkan pada bekas lain.       pastikan hanya buih sabun sahaja yang diambil.

4. Selepas itu, letakkan pewarna makanan pada buih tersebut dan gaulkan menjadi rata.         Pewarna makanan akan menjadikan tangan kita bewarna. 

Letakkan pewarna sedikit demi sedikit sehingga menghasilkan warna yang dikehendaki.

Gaul sehingga rata

5. Hasilkan tiga buih sabun bewarna iaitu warna merah, biru dan kuning.

   
Cantikkan warnanya.

6. Langkah seterusnya, letakkan dua warna pada bekas tersebut dan murid bersedia untuk 
    mencampurkannya.

Campuran dua warna asas mengikut nisbah yang sesuai bagi menghasilkan warna yang dikehendaki.


7. Setelah dicampurkan dengan mengaulkannya, maka terhasillah warna -warna baru ini.

   
Hijau


Oren/jingga

Ungu 


Selamat mencuba!!!!