Assalammualaikum semua...dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan tidak lama lagi..
Tema Kemerdekaan merupakan salah satu tema yang agak mencabar kepada saya untuk menyampaikannya kepada kanak-kanak 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Saya perlu merancang aktiviti yang dapat menarik perhatian untuk mereka mendengar kisah Kemerdekaan Negara kita Malaysia. Pada saya, fokus Kemerdekaan bukan semata-mata pada Jalur Gemilang sahaja,tetapi bagaimana kisah Kemerdekaan itu difahami oleh kanak-kanak.
Mujur saya ada si Bobo, beliau telah membantu saya bercerita tentang kemerdekaan negara terutama tarikh kemerdekaan.Alhamdulillah, beliau dapat menarik minat murid untuk memberi perhatian pada ceritanya.
Si Bobo sedang bercerita |