Wednesday 8 October 2014

Operasi tolak yang menggembirakan!!!


Salam Oktober buat pengunjung-pengunjung sekalian. Sudah sampai kita pada bulan Oktober. ini bermakna semakin hampir menuju ke pengguhujung penggal persekolahan 2014 ini

Kali ini saya saya akan tunjukkan penggunaan kad lori pada operasi tolak menggunakan objek konkrit. Aktiviti ini akan menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan meningkatkan kefahaman murid mengenai konsep penolakan.

Murid dibekalkan dengan bbm yang mencukupi sebelum memulakan aktiviti

Murid menggunakan kad lori tersebut untuk mendapatkan jawapan operasi tolak


Tuesday 16 September 2014

Kad Lori Saya

Setelah begitu lama saya menunjukkan pentas boneka kepada anda semua..Kali ini saya akan berkongsi satu Bahan Bantu Mengajar yang sesuai untuk konsep nombor dan operasi nombor. Saya mendapat idea ini melalui intenet dan saya olah sedikit mengikut kesesuaian pelajar saya.

Anda juga boleh menjadikannya sebagai rujukan dan mungkin boleh mempelbagaikan lagi aktiviti menggunakan kad lori ini.

Sila beri komen untuk kita berkongsi idea.




aktiviti murid bersama pentas boneka

Mari kita lihat gambar-gambar murid-murid saya yang sedang menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pentas boneka ini.





Wednesday 27 August 2014

Penggunaan Patung dan Pentas Boneka di dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Assalammualaikum semua...dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan tidak lama lagi..

Tema Kemerdekaan merupakan salah satu tema yang agak mencabar kepada saya untuk menyampaikannya kepada kanak-kanak 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Saya perlu merancang aktiviti yang dapat menarik perhatian  untuk mereka mendengar kisah Kemerdekaan Negara kita Malaysia. Pada saya, fokus Kemerdekaan bukan semata-mata pada Jalur Gemilang sahaja,tetapi bagaimana kisah Kemerdekaan itu difahami oleh kanak-kanak.

Mujur saya ada si Bobo, beliau telah membantu saya bercerita tentang kemerdekaan negara terutama tarikh kemerdekaan.Alhamdulillah, beliau dapat menarik minat murid untuk memberi perhatian pada ceritanya. 

                                
                                                

Si Bobo sedang bercerita

Saturday 28 June 2014

Mari Berlakon.....

Hai semua....lama saya tidak update blog saya nie.sibuk la sangat kan..apapun Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam..mudah-mudah puasa kali ini dapat kita jalani dengan penuh keikhlasan.

Baiklah...hari ini saya nak berkongsi idea mengenai patung boneka atau puppet. Patung boneka ada bermacam- macam jenis..anda carilah sendiri yer..majoriti patung boneka sebenarnya kita boleh buat sendiri

Ini dia salah satu patung boneka yang saya baru sahaja buat untuk tema bunga minggu lalu.




Yang ingin saya fokuskan ialah boneka bunga tersebut..Si Bobo (nama diberi) itu beli tp tetap kena buat juga untuk jadikan ia boneka seperti itu..

Cuba anda lihat boneka bunga matahari dan mawar..pada mulanya ia hanya sekuntum bunga biasa..tetapi setelah diletakkan sepasang mata dan mulut, jadilah ia patung boneka..mudah kan..Anak-anak murid sangat teruja kerana pada mulanya ia hanya sejenis bunga.tiba-tiba ia bertukar menjadi Si Matahari yang boleh berkata-kata..

Selamat mencuba!!!!

Thursday 12 June 2014

Cara-cara membuat pentas boneka...

kali ini saya akan terangkan cara-cara membuat pentas boneka ini. Bahan-bahan yang diperlukan ialah sebuah kotak yang agak besar..saya gunakan kotak mesin basuh. Sebenarnya, tercetusnya idea nak buat pentas boneka nie sbb ternampak kotak mesin basuh mak saya kat kampung. Saya ambil sebab tengok kotak itu tersadai kat belakang umah.

kotak itu akan di potong bahagian belakangnya...bahagian kiri dan kanan jangan dipotong sbb bahagian tu boleh jadikan pentas boneka tu berdiri dengan teguh. bahagian depan kotak pulak lukislah segiempat dan dipotong bahagian itu..bahagian itu lah dijadikan untuk persembahan boneka.

Selesai memotong kotak..Anda bolehlah warnakan kotak dengan warna kesukaan anda. Saya gunakan cat mural.Untuk jadikan ia projek keluarga..libatkan lah ahli keluarga anda dalam aktiviti mengecat nie..bab memotong kotak saya serahkan pada suami..

               aktiviti mengecat dilakukan oleh anak saya 

Monday 9 June 2014

DIY Pentas Boneka...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.....sebelum itu selamat datang kepada semua pelawat-pelawat blog saya ini. Untuk tajuk pertama, saya ingin berkongsi mengenai aktiviti DIY membuat pentas boneka.  Pentas boneka ini sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai budget yang sikit.

Inilah pentas boneka yang telah saya siapkan..